Thursday, September 16, 2010

Post #1

Assalamualaikum..

Rumah Bakti Semantan yang terletak di Temerloh adalah di bawah naungan Dato' Sarit B Jusoh dan isteri, Dato' Dr Fadzilah bt Muhamad Ali. Rumah Bakti Semantan (RBS) telah menyelamatkan ramai anak2 yatim di sekitar kawasan Temerloh dari dihantui belenggu kemiskinan. Blog itu bertujuan untuk mengumpul bekas-bekas penghuni yang telah berjaya menjadi manusia untuk sama2 berbakti kepada anak2 yatim dan org susah yang lain yang terdapat di malaysia ini sebagai satu kesinambungan di atas usaha murni yang telah dimulakan oleh kedua2 'ibu bapa' kami, iaitu Yang Berbahagia Dato Sarit dan Dato Dr Fadzilah. Kepada bekas2 penghuni RBS, diharapkan dapat menghubungi saya sekiranya anda berminat untuk kita sama2 menjayakan usaha murni ini.

wasalam.